Tag: Politik
Poster Tinggi Anwar #PRU15 #DailyLife
Poster gergasi calon Pakatan Harapan (PH) P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di laluan Gugusan Manjoi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perak. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2022.
PM dan Tengku Zafrul Santai Anak Muda Kuala Selangor #PRU15
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) P.096 Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua kanan) hadir pada Majlis Sembang Santai Anak Muda Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Bandar Puncak Alam, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 14 NOVEMBER 2022.
Calon BN Kuantan, Ab Hamid Dengar Keluhan Masyarakat India #PRU15
Calon Barisan Nasional P.083 Kuantan, Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar (kanan) tekun mendengar keluhan salah seorang penduduk ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat India sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kuantan, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2022.
Sokongan Padu Jentera BN Untuk Wan Rosdy #PRU15
Menteri Besar Pahang yang juga calon Barisan Nasional N.02 Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama calon BN P.085 Pekan, Datuk Seri Mohmed Puzi Sh Ali serta calon BN N.23 Chini, Mohd Sharim Md Zain bergambar kenangan dengan barisan jentera dan penduduk yang hadir pada Majlis Ramah Mesra DUN Chini sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Dato Shahbandar Dara, Chini, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2022.
Anwar pentingkan jawatan bukan perkhidmatan – Muhyiddin
PN mahu beri perkhidmatan terbaik untuk bawa Malaysia kembali ke landasan prihatin, bersih dan stabil.
‘Kereta Kebal’ PN #PRU15
Replika kereta kebal yang dihiasai dengan bendera Perikatan Nasional dan PAS dipamerkan di bahu jalan bagi menarik perhatian pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tas, Kuantan, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2022.
Siew Mun sedia bangunkan Bilut setelah dicabar baik pulih tebing sungai
Kemudian saya terserempak dengan penduduk yang sebelum ini adalah penyokong PH. Ada seorang uncle jumpa saya dan cabar saya, kalau you dapat memperjuangkan atau baik pulih tebing sungai kami ini, saya pasti akan beri sokongan pada you untuk PRU. - Wong Siew Mun.
Persiapan Terakhir Kotak Pengundian Awal SPR #PRU15
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kotak undi dan melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang hari pengundian awal pada esok sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Markas Batalion ke-6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 14 NOVEMBER 2022.
Tian Chua Lancar Kerusi Rakyat #PRU15
Calon Bebas P.115 Batu, Tian Chua ketika melancarkan gimik pelancaran Karya Seni Kerusi Rakyat sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sky Awani Residence Sentul, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 NOVEMBER 2022.
Kedudukan agama dalam politik
Kepimpinan Rasulullah SAW sewaktu menjadi pemimpin di Madinah al-Munawwarah dengan menegakkan prinsip pemerintahan Islam telah menjadi rujukan penting dalam dunia sains politik.

















