Tag: Politik
Empat individu ditahan polis pada hari pertama kempen
Kesemua kes diambil tindakan dan disiasat lanjut di bawah Seksyen 500, Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar rangkaian komunikasi. - Komisioner Datuk Seri Hazani Ghazali.
Calon BN, Sollehin Tajie Lawat dan Bantu Mangsa Banjir #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P. 059 Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie melawat sambil menyantuni penduduk yang kediamannya terjejas akibat banjir sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Changkat Ning, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 05 NOVEMBER 2022.
Calon BN P.063 Tambun, Calon BN N.023 Manjoi Mesra Penduduk #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) N.023 Manjoi, Datuk Azizul Kama Abd. Aziz beramah mesra bersama penduduk sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sekitar Warung Pian Kampung Manjoi, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.
Calon BN P.088 Temerloh Rai Hari Lahir Penduduk #PRU15
Calon Barisan Nasional P.088 Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (tiga kiri) beramah mesra dengan Linosha Darshini (dua kanan) ketika menghadiri sambutan hari jadinya sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di MK Curry House, Mentakab, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.
Suasana Proses Penamaan Calon PRU15
Gelagat calon Barisan Nasional P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika beramah mesra dengan barisan calon-calon lain yang hadir bagi menyerahkan borang penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 November 2022.
Mohamad Hasan Calon BN P.131 Rembau #PRU15
Calon Barisan Nasional P.131 Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah), calon Pakatan Harapan, Jufitri Joha (kiri), calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Tinagaran (dua kiri), calon Perikatan Nasional, Mohd. Nazree Mohd. Yunus (dua kanan) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin (kanan) bergambar kenangan selepas menyerahkan borang pencalonan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 bagi P.131 Rembau di Dewan Seri Rembau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 05 NOVEMBER 2022.
Ismail Sabri Yaakob Calon BN P.090 Bera #PRU15
Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon-calon BN DUN Kemayan, Guai serta Triang hadir pada hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.
Suasana Pagi di Pusat-Pusat Penamaan Calon #PRU15
Anggota polis trafik melakukan kawalan lalulintas di jalan masuk Pusat Penamaan Calon Bahagian P. 055 Lenggong sempena Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 05 NOVEMBER 2022.
Bilik-Bilik Gerakan Sibuk Hingga Lewat Malam #PRU15
Jentera Barisan Nasional membuat persiapan sebelum memasang bendera menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bilik Gerakan Barisan Nasional Seputeh, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 NOVEMBER 2022.
Anwar Ibrahim di Tambun
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas hadir pada Program Penyerahan Bekas Ahli MIC dan ramah mesra Masyarakat India di Tambun, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 04 NOVEMBER 2022.

















