Tag: Politik
Noh Omar di Pelancaran Jentera Pilihanraya BN Ampang
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar beramah mesra bersama penyokong hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Parlimen Ampang & Pelancaran UMNO Siswa Selangor di pekarangan bangunan UMNO Bahagian Ampang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 OKTOBER 2022.
Tawaran Anak Muda Harapan #PRU15
Penyokong, Kareemah Abdul Rahman, 23 membaca buku Tawaran Anak Muda Harapan selepas pelancarannya di Petaling Jaya, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 30 OKTOBER 2022.
Pelancaran Jentera Bermotor Pemuda BN Sepang #PRU15
Ketua Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki beramah mesra bersama sebahagian jentera pemuda BN pada Pelancaran Jentera Pilihanraya BN Parlimen Sepang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kompleks Muhibah Tanjung Sepat,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 OKTOBER 2022.
Syed Saddiq dan Calon-Calon MUDA
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua kanan) bersama timbalannya, Amira Aisya Abd. Aziz (dua kiri) bergambar bersama 3 calon selepas sidang media mengenai pengumuman calon PRU15 di Pejabat Parti MUDA, Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM,29 OKTOBER 2022.
Kejohanan Badminton Piala Datuk Seri M. Saravanan
Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan menyampaikan raket dan beg kepada penerima cabutan bertuah selepas merasmikan Kejohanan Badminton Piala Datuk Seri M.Saravanan di Kompleks Sukan Tapah, Perak. Foto AFFAN FAUZI, 29 OKTOBER 2022.
BN – Kestabilan dan Kemakmuran #PRU15
Bendera parti Barisan Nasional mula dipasang di sekitar taman bagi memeriahkan suasana sempena bahang Pilihan Raya Umum ke-15 tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2022.
Malam Pengumuman Calon Keadilan
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menunjukkan surat aku janji pada Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 OKTOBER 2022.
Bahang Pilihan Raya Bermula #PRU15
Jentera parti Barisan Nasional mula melakukan kerja-kerja menyiapkan bilik gerakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di AU5 Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 OKTOBER 2022.
Dua pemimpin PBM digantung jawatan kuatkuasa serta merta
Perkara itu diumumkan Presidennya, Datuk Larry Sng Wei Shien, berikutan tindakan Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid memanggil Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 7 Oktober lalu tanpa arahannya.
Zahid Hamidi, Ismail Sabri Lancar Jentera BN Negeri Pahang #PRU15
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta barisan tertinggi kepimpinan BN yang lain bergambar sambil melaungkan 'Barisan Nasional' pada Majlis Soladariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Pahang di Laman Kerayong, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 27 OKTOBER 2022.

















