Friday, March 29, 2024
Home Tag Prnsabah

Tag: prnsabah

PRN SABAH : Kalah Negeri, Warisan Kekal di Semporna

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengekalkan kerusi disandangnya, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.

Pemimpin Perikatan Nasional Mula Rai Kemenangan Besar #PRNSabah

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meraikan kemenangan bersama para penyokong selepas kerusi Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pari Bersatu Sabah (PBS) menang majoriti kerusi secara tidak rasmi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2020.

Petugas SPR Naiki Bot Bawa Kotak-Kotak Undi #PRNSabah

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa kotak undi dengan menaiki bot dari Pulau Bum Bum ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi selepas tamat hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Jeti Awam, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2020.

Gelagat dan Suasana Hari Pengundian #PRNSabah

Beberapa pengundi menaiki bot bagi membuang undi di Sekolah Kebangsaan Penimbawan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Jeti Serusup, Tuaran, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2020.

Calon-Calon #PRNSabah Selesai Mengundi

Calon Warisan DUN Senallang N.65 yang merupakan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2020

Seawal Pagi Petugas SPR Bawa Kotak-Kotak Undi #PRNSabah

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa peti undi seawal jam 5.40 pagi sambil dikawal ketat pegawai Polis sebagai persiapan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Agama Negeri Pekan, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2020.

PRN SABAH : Politik atau Rakyat? Mandat di Tangan Pengundi

KOTA KINABALU - Kurang 24 jam menjelang PRN Sabah, rakyat meluahkan harapan dan impian. Sabah milik siapa?

PRN SABAH : Kalau Asyik Tukar Kerajaan, Kita Akan Ada 12...

'Kalau Ahli Parlimen lompat sahaja tukar kerajaan, kita akan ada 12 PM setahun,' itu kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung...

PM Kempen Raih Undi Saat Akhir #PRNSabah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah yang juga calon Perikatan Nasional (PN) N.12 Sulaman, Datuk Hajiji Noor (tengah) dan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) N.14 Tamparuli, Datuk Jahid Jahim (kanan) bersorak pada Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di PDM Sawah, Tuaran, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 25 SEPTEMBER 2020.

Persiapan Akhir Petugas SPR Menjelang #PRNSabah

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kerja-kerja persiapan akhir sebelum hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2020.