Tag: SJPP
SJPP lulus pembiayaan bernilai RM4.9 bilion kepada 6,000 PMKS – PM
Kelulusan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan akses PMKS kepada pembiayaan.
Peruntukan Tambahan RM5 Bilion, BNM Akan Perinci Dalam Masa Terdekat –...
Kerajaan menambahkan bantuan lagi sebanyak RM5 bilion menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) menjadikan jumlah keseluruhan RM10 bilion susulan krisis tenaga global.
Konflik Asia Barat: Kerajaan umum langkah segera bantu PMKS
Dengan itu kerajaan mengumumkan, peruntukan jaminan sebanyak RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) untuk menyokong PMKS yang terjejas, terutama dalam sektor pembinaan, pertanian dan agri-makanan, logistik dan pengangkutan, serta pelancongan.
Perluas jangkauan pastikan lebih ramai dapat manfaat SJPP, SJKP
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, mereka merupakan sebahagian daripada keseluruhan lebih 75,000 PKS yang mendapat manfaat daripada SJPP sejak inisiatif itu diperkenalkan pada April 2009 hingga Disember tahun lalu membabitkan pembiayaan lebih RM102 bilion.
UOB, SJPP peruntuk RM1 bilion untuk pembiayaan hijau PKS
KUALA LUMPUR - UOB Malaysia akan bekerjasama dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Malaysia (SJPP) untuk melancarkan program U-Green Financing yang akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjayakan usaha kemampanan mereka.
Bank ini telah memperuntukkan RM1 bilion untuk program ini manakala SJPP akan menjamin sehingga 80 peratus daripada pinjaman melalui Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS).
UOB Malaysia adalah bank pertama untuk bekerjasama dengan SJPP dalam program
pembiayaan hijau tersebut.
U-Green Financing disediakan untuk PKS dan syarikat bersaiz sederhana yang layak dua daripada semua industri yang ingin menyumbang kepada pembangunan bandar pintar dan
mampan.
Syarikat yang merancang untuk membangunkan atau membina bangunan hijau, memudahkan
perdagangan hijau, ataupun menyumbang kepada ekonomi pekeliling juga layak untuk
berbuat demikian.
Ia terbuka kepada kedua-dua pelanggan sedia ada dan baharu, yang mana kemudahan ini disediakan dalam bentuk pinjaman berjangka, kemudahan overdraf dan pembiayaan perdagangan.
Di samping menyediakan pembiayaan, UOB Malaysia juga akan bekerjasama dengan
Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) untuk
memperkenalkan siri bengkel berkenaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Siri ini bertujuan melengkapkan PKS dengan pengetahuan dan maklumat praktikal bagi
memulakan perjalanan ESG mereka. Melalui siri bengkel ini, PKS dapat meraih manfaat
daripada silibus yang dibangunkan bersama oleh MRANTI dan penyedia latihan yang
diluluskan.
Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei berkata, dengan menjadikan pembiayaan hijau lebih mudah diakses, bank berharap ia dapat menggalakkan PKS menerima amalan
perniagaan yang mampan.
Ini akan meningkatkan profil ESG mereka, terutamanya jika mereka berminat untuk menyertai dan bersaing dalam rantaian nilai global.
Selain U-Green Financing, UOB Malaysia juga merupakan Institusi Kewangan Peserta bagi
Kemudahan Peralihan Rendah Karbon Bank Negara Malaysia, serta Kemudahan Teknologi
Tinggi dan Hijau.
Sementara itu, Pegawai Utama SJPP, Chen Yin Heng berkata, cadangan kerjasama ini
adalah selaras dengan matlamat negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih
menjelang 2050.
Menurutnya, melalui skim jaminan ini, ia komited dalam menyokong usaha kerajaan menggiatkan pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam sektor PKS.
Pelbagai inisiatif dan polisi strategik dilaksanakan dengan tujuan merangsang dan membangunkan peluang perniagaan untuk sektor ini dan barharap U-Green Financing akan menggalakkan penerimaan amalan ESG oleh lebih banyak PKS dan syarikat korporat bersaiz sederhana. - MalaysiaGazette
Had siling jaminan SJPP ditambah RM20 bilion
Perdana Menteri berkata, sehingga kini, masih terdapat RM6.6 bilion baki sedia ada daripada keseluruhan RM25.1 bilion yang telah disediakan oleh BNM untuk manfaat pemohon baharu.
OUB, SJPP tawar pembiayaan terjamin untuk PKS
Di bawah perjanjian ini, PKS berpeluang mendapat pinjaman bebas cagaran sehingga RM1 juta melalui penyelesaian kewangan SJPP-UOB BizMoney.
Tekun dapat peruntukan tertinggi
Sejumlah RM200 juta ringgit bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp dan hampir RM82 juta bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi.















