Tag: SPRM
Timbalan pengarah, penguat kuasa PBT disyaki terima rasuah bulanan direman
Suspek utama yang merupakan timbalan pengarah PBT dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan antara RM100,000 hingga RM500,000 sejak beberapa bulan lalu daripada premis-premis yang menjalankan kegiatan rumah urut dan hiburan selain premis tanpa lesen sah.
7 individu direman disyaki bersubahat dengan sindiket seludup barangan import
Selain tiga pegawai agensi penguatkuasa, turut ditahan ialah pengarah serta tiga pekerja syarikat terbabit.
Pendakwaan Faisal satu perancangan mahu bunuh karakter politik saya – Hamzah
Pendakwaan terhadap anak saya atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 adalah perancangan lapuk oleh kerajaan, dakwa Ketua Pembangkang.
Anggota kastam KLIA mengaku tak bersalah terima suapan
Menurut fakta pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan sebanyak RM400, RM2,000, RM300 dan RM500 sebagai dorongan tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tugasannya dengan tidak melakukan pemeriksaan lori yang keluar dari kargo KLIA.
Pembantu Penguasa Kastam Hadapi 90 Pertuduhan Rasuah #MGFlash
Pembantu Penguasa Kastam Hadapi 90 Pertuduhan Rasuah
SPRM tahan bekas Datuk Bandar disyaki terima rasuah lebih RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang hari ini menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak
Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor, tambahnya.
Penolong Kanan Pengarah Kastam mengaku tak bersalah sebabkan pembantu penguasa lupuskan...
Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen hari ini, Ahmad Hilmi Ghazali 51 tahun antara September hingga Disember tahun itu dalam daerah Klang, Selangor dengan curang menyebabkan Mohd Aliff Omar melupuskan sisik tenggiling dari jenis Genus Manis spp daripada stor Penguatkuasaan Pengkalan Marin, Pelabuhan Klang Utara.
Lelaki Bangladesh dipenjara, denda akibat rasuah polis RM249
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda selain wang rasuah RM249 dilucut hak kepada kerajaan mengikut Seksyen 40(1)(A) Akta SPRM 2009.
Keluarga ahli politik perlu maklum kepada SPRM jika dapat tender kerajaan...
Bagaimanapun katanya, timbul keraguan mengenai pemberian kontrak secara terus kerana Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berjanji untuk mengelak amalan itu dalam mana-mana projek kerajaan atas nama integriti dan ketelusan.

















