Friday, March 29, 2024
Home Tag Suspek

Tag: suspek

2 maut dalam serangan buru suspek yang masih bebas

Kejadian itu berlaku semasa pasukan polis sedang memburu seorang lelaki berhubung kejadian rompakan.

Polis tembak tayar kereta sebelum tahan suspek kes rogol

Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes rogol kanak-kanak bawah umur di Paya Terubong, berjaya diberkas selepas polis bertindak menembak tayar kereta yang dipandu lelaki itu dalam kejadian di Lebuhraya Jelutong, di sini malam tadi. 

Beberapa suspek dibawa ke kuil bantu siasatan insiden rusuhan

Beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 dekat sini pada Isnin dan Selasa lepas dibawa ke lokasi kejadian hari ini.

Kes samun di Kuchai Lama: Empat suspek miliki rekod jenayah lampau

Empat daripada lima penjenayah yang ditembak mati ketika menyamun sebuah kedai emas di Kuchai Lama, Selasa lepas, mempunyai rekod jenayah lampau, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Polis buru suspek pecah rumah guna Estima

Salah seorang suspek akan berada di depan rumah antara 10 ke 15 minit, sambil berpura-pura membuat panggilan telefon untuk meninjau keadaan sebelum dia dan rakan subahatnya memecah masuk dengan mengumpil pintu jeriji dan pintu gelongsor kaca.

Dera anak tiri: Boy Tiger ditangkap

[email protected] KONGSI ARTIKEL Share Tweet Share KUALA LUMPUR: Selepas empat hari menghilangkan diri, lelaki yang diburu kerana disyaki mendera anak tirinya sehingga meninggal dunia, Khairul Izaini Khairuddin, 31, atau dikenali sebagai 'Boy Tiger', akhirnya ditahan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan pada jam 11 pagi tadi di Hospital Kajang. Katanya, ketika itu suspek mahu melawat isterinya, Noraini Samian, 20, yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan anak. "Ketika ditahan, suspek yang berusia 31 tahun sedang melawat isterinya yang mendapatkan rawatan di sana. "Difahamkan, wanita berusia 20 tahun yang turut dicari polis itu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi lelaki di sebuah homestay di Hulu Langat, awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini. Fadzil berkata, selain suspek lelaki itu, polis turut menahan wanita berkenaan untuk siasatan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Suami isteri berkenaan akan direman pada esok hari dan bayi mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara," katanya. Menurut Fadzil, selain kes membabitkan kanak-kanak tiga tahun berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut menyiasat dua lagi kes penderaan kanak-kanak di Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jumaat lalu, NSTP melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman, maut dipercayai akibat didera. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya. Susulan itu, bapa tiri serta ibu kanak-kanak berkenaan kemudian melarikan diri dan diburu polis.

Operasi mencari polis, suspek dikhuatiri lemas disambung

Dalam kejadian di kampung Durian Mentangau, Dungun malam tadi, anggota polis tersebut, Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, bersama tiga lagi rakannya sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zam Ayam sebelum tergelincir dan terjatuh ke Sungai Paka.

Reman suspek langgar lari disambung hingga esok

Tempoh reman suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya Rabu lepas disambung sehari lagi sehingga esok. 

Polis tahan suspek kes langgar lari di Cyberjaya

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, pihaknya menahan seorang lelaki Yemen berumur 22 tahun.

Polis tahan 8 suspek mudarat ketenteraman awam

Menurut Mohamad Fuzi, madrasah di Yemen itu berpegang kuat dengan ideolofi Salafi Jahadi yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam dan orang islam yang tidak sealiran dengan mereka yang dianggap kafir serta melabelkan sistem demokrasi sebagai Toghut (tidak mengikut hukum Allah).