drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada seorang anggota polis bantuan yang bertugas di pos kawalan di Kota Damansara dalam kejadian pada Khamis lalu.

Menurut laporan polis, anggota polis bantuan itu telah didatangi dua orang lelaki termasuk suspek yang menaiki sebuah lori untuk menurunkan beberapa tong gas di kawasan tersebut.

Tetapi tindakan suspek melalui laluan yang ditutup bagi tujuan kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah ditegur oleh anggota polis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira 2.30 petang semalam, polis telah menahan lelaki berusia 39 tahun itu di tempat letak kereta di Seksyen 8 Petaling Jaya.

Dalam siasatan awal, suspek tidak mengaku terlibat dalam kes yang dilaporkan.

Suspek kini ditahan reman selama tiga hari dan di siasat di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast