Seorang pengamal perubatan Islam disyaki mencabul seorang wanita yang sedang mendapatkan rawatan.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes pencemaran air di Taman Velox Rawang, kelmarin.

Dalam satu kenyataan, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmad berkata, warga emas berusia 58 tahun yang merupakan suspek dalam kes tersebut ditahan di Pusat Perindustrian Tengas dekat Ulu Yam, Selangor.

“Siasatan awal mendapati, suspek ini telah menjual sisa-sisa bahan buangan berjadual yang dijumpai di Taman Velox kepada salah seorang tangkapan pertama,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mendapat perintah reman ke atas lelaki warga emasterbabit di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bemula pada 13 hingga 19 November ini. – MalaysiaGazette