Saturday, April 20, 2024
Home Tag Zpp

Tag: zpp

Bekas CEO ZPP didakwa lagi terima rasuah

Azman yang juga bekas Pengurus Besar ZPP dituduh menerima rasuah berupa dua keping cek yang bernilai RM9,000 daripada dua pemilik syarikat di pejabat ZPP di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada Januari 2014 dan Disember 2016.

Tiga utas jam antara tuduhan suapan diterima CEO ZPP

Mengikut pertuduhan pertama, Azman didakwa menerima seutas jam tangan jenis Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada pemilik syarikat MNI Ventrure Ros, Suryati Alang di rumahnya di Permatang Rambai, Permatang Pauh pada 2010.

5 pegawai ZPP ditahan SPRM ditempatkan di MAINPP

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kedudukan mereka dalam ZPP juga akan ditentukan Isnin ini selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah agensi berkenaan.

Kes rasuah, 3 lagi pegawai Pusat Zakat P. Pinang ditahan SPRM

Pengarah SPRM negeri, Datuk Abd. Aziz Aban berkata, tiga pegawai lelaki berusia antara 33 hingga 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang tadi ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

7 individu bantu siasatan kes rasuah pusat zakat P. Pinang dibebaskan

Seramai tujuh daripada 12 individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dan hari ini.

Kontraktor wanita pula ditahan bantu siasatan penyelewengan ZPP

Seorang lagi kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dalam Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Wang zakat, aset umat Islam di ZPP selamat

Semalam, empat kakitangan ZPP termasuk CEO berusia 50 tahun ditahan SPRM bersama tujuh kontraktor bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat yang diperuntukkan untuk projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.