STM500 sebuah kapal selam kecil yang di Türkiye yang akan dipamerkan dalam DSA-NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur .

KUALA LUMPUR – Salah satu syarikat terkemuka dalam sektor pertahanan Turkiye, STM bakal mempamerkan aset platform tentera laut dan sistem pesawat tanpa juruterbang (UAV) mini taktikal di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (DSA-NATSEC) 2024 kali ini.

Pameran itu bakal membuka tirainya bermula 6 Mei dan akan berlangsung selama empat hari di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara.

Pameran kali ini bakal menerima penyertaan lebih 1,200 syarikat mewakili 42 negara yang merupakan terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 36 tahun lalu.

STM antara syarikat yang mewakili Türkiye bakal mengambil bahagian dalam pameran kali ini.

Di bawah kepimpinan Presidensi Sekretariat Industri Pertahanan Turki (SSB), STM terus memenuhi permintaan domestik dan mengeskport pengalaman yang telah dikumpulkan kepada negara-negara sahabat dan sekutu melalui kerjasama dan perjanjian transfer teknologi.

Untuk pameran DSA 2024 kali ini, STM akan mempamerkan model projek korvet nasional pertama Türkiye – Korvet Kelas Ada MILGEM, frigat nasional pertama Türkiye Frigat Kelas İstif (I), Kapal Serangan Multi Fungsi STM-MPAC dan Kapal Pengawal Pantai CG-3100.

Kapal STM Coast Guard buatan Turkiye turut akan dipamerkan dalam DSA-NATSEC 2024 6 Mei ini.Sumber STM Turkiye

Yang bakal menjadi tarikan dalam pameran kali ini adalah STM akan memperkenalkan STM500 sebuah kapal selam kecil.

Selain itu, dari sistem UAV mini taktikal STM, UAV serangan nasional pertama Türkiye, Sistem Munisi Mengudara Bersayap Rotary KARGU yang telah dieksport ke lebih dari 10 negara di tiga benua juga bakal akan dipamerkan dalam DSA kali ini.

Satu lagi asset pertahanannya iaitu UAV pelepasan peluru BOYGA yang sudah menjadi sebahagian dari inventori TAF turut akan diletakkan dalam pameran itu.

Selain itu, kapal terbaru Kelas MILGEM Ada, Corvette TCG KINALIADA (F-514) yang dilengkapi dengan sistem moden dan nasional oleh STM sebagai subkontraktor utama akan berlabuh di Kuala Lumpur dari 13 hingga 15 Mei ini dari lawatan pelabuhannya selama Pelayaran ke Jepun.

kapal terbaru Kelas MILGEM Ada, Corvette TCG KINALIADA (F-514), yang akan berlabuh di Malaysia pada 13 Mei ini.Sumber STM Turkiye

Pengurus Besar STM, Özgür Güleryüz berkata, penyertaan pihaknya dengan aset pertahanan bertujuan untuk memperkuatkan kerjasama Tentera Laut Türkiye dengan Malaysia.

“Industri pertahanan Turki telah mencapai kejayaan yang sangat signifikan di pentas antarabangsa dan STM khususnya telah memainkan peranan penting dalam hal terbabit.

“Kami telah mengembangkan teknologi yang inovatif dan moden dengan tenaga manusia yang berkelayakan selain memindahkan keupayaan kami kepada Angkatan Bersenjata Turki serta kepada negara-negara di berbagai benua,” katanya dalam kenyataan.

Özgür Güleryüz

Özgür Güleryüz menambah, pihaknya menganggap  Türkiye mempunyai banyak negara rakan dan sekutu di kawasan Asia-Pasifik dalam sektor pertahanan.

Oleh itu, katanya, STM melaksanakan aktiviti pembangunan perniagaan di Asia Selatan untuk meningkatkan kapasiti pertahanan negara tersebut dengan sistem ketenteraan yang moden.

“Kami ingin menjadi rakan penyelesaian Malaysia dalam sektor pertahanan di lautan dan dengan pengalaman dalam projek MILGEM dan Frigat Kelas I yang dibangunkan di Türkiye, serta projek antarabangsa (G2G) di Ukraine dan Pakistan, kami yakin akan menjalin kerjasama penting di Asia Pasifik.

“Niat kami bukan hanya untuk mempamerkan produk kami di Asia-Pasifik tetapi juga untuk membina kerjasama baru dalam pasaran dengan fokus pada segmen platform tentera laut.

“Kami terus menunjukkan kesediaan untuk memindahkan teknologi ke rantau ini,khususnya ke Malaysia dengan niat untuk membangun projek-projek yang akan mengembangkan industri domestik dan kawasan ini secara menyeluruh sekaligus menyumbang kepada kerjasama dan persahabatan yang kekal antara Türkiye dan Malaysia,” jelasnya lagi.

UAV atau dikenali Dron hasil produk STM, Turkiye antara aset ketenteraan yang dijangka menarik perhatian peserta Pameran DSA NATSEC 2024 di ibu negara 6 Mei ini. Sumber STM Turkiye

Untuk sejarah, STM terlibat dalam kerjasama, pemindahan teknologi dan aktiviti pembangunan perniagaan di lebih daripada 30 negara. – MalaysiaGazette