Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Foto FAREEZ FADZIL, 27 JULAI 2024

KUANTAN – Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar mendahului senarai 24 penerima darjah-darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) kepada  Tengku Ampuan Pahang serta lapan lagi penerima.

Turut dikurniakan darjah kebesaran SAAS yang pertama kali diperkenalkan itu ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tujuh lagi penerima darjah kebesaran SAAS yang membawa gelaran Datuk Seri Setia ialah Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Tengku Fahad Mua’adzam Shah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut tersenarai ialah Datuk Seri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Ahmad Shah; Datuk Seri Tengku Aishah Sultan Ahmad Shah; Datuk Seri Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah; dan Datuk Seri Tengku Shahariah Sultan Haji Ahmad Shah.

Pada majlis sama, Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Di Hormati kepada adinda Raja Jordan, Putera Ali Al Hussein.

Sementara itu, baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Utama Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin; Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Indera Muhamad Norazlan Aris.

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk Dr. Alwi Mohamed Yunus; Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Ezani Md Taib serta Perunding Ancom Nylex Berhad, Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak.

Dua orang menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dan Secretary General Higher Committee of Human Fratenity, United Arab Emirates (UAE), Datuk Dr. Khalid Ghanim AlGaith.

Dalam pada itu Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Ir. Razali Kassim bersama Duta Besar Malaysia Ke Itali, Tuan Yang Terutama Zahid Tan Sri Rastam dan Pengarah Asian Perlite Industries Sdn. Bhd, Encik (Luuk Runia) Lukman Runia Albert dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mengakhiri senarai penerima ialah Juruiring Putera Ali Al Hussein, Brig Gen (Rtd) Farid Moh’d Ali Hajamat Qat yang dikurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Al-Sultan Abdullah Pahang (SAS). – MalaysiaGazette