Gambar ihsan JBPM Pahang.

KUANTAN – Dua terkorban manakala lima cedera dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Utama Jengka 3, berhampiran Kilang Sawit Jengka 3, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian dilaporkan pada pukul 7.16 pagi.

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Alza yang dinaiki seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan, Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita dan Toyota Avanza yang dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seramai lapan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka dikejarkan ke lokasi dan mengeluarkan mangsa menggunakan perlatan menyelamat.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mereka yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.