Kim Jong-nam

SEOUL- Perdana Menteri Korea Selatan, Hwang Kyo- Ahn akan mempengerusikan mesyuarat majlis keselamatan negara pagi Rabu untuk membincangkan suspek pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara di Malaysia, kata pegawai kerajaan negara tersebut.

Reuters melaporkan, Korea Selatan sangat sensitif terhadap sebarang potensi ketidakstabilan yang berlaku di negara jirannya yang memiliki senjata nuclear dan kekal secara teknikalnya sebagai sebuah negara perang.

Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ditemui mati di Malaysia, dipercayai dibunuh oleh ejen Korea Utara.

Pegawai kerajaan Korea Selatan berkata, mereka juga mempercayai Kim Jong Nam telah dibunuh bagaimanapun enggan menyatakan butiran lanjut.

Kim Jong Nam berpisah dengan adiknya Kim Jong Un dan banyak menghabiskan masanya di luar Korea Utara dan pernah menyatakan penentangannya terhadap kawalan dinasti keluarga mereka di hadapan orang ramai.

Menurut polis Malaysia, lelaki yang mati semalam memegang pasport bernama Kim Chol Kim Jong Nam, 46, pernah ditangkap suatu ketika dahulu kerana memalsukan dokumen perjalanan.- MalaysiaGazette