Bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik samannya terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik samannya terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin akar umbi UMNO, Datuk Khairuddin Abu Hassan menyarankan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mengabaikan terus debat yang dijangka diadakan pada 25 Mac minggu ini. 

Menurutnya dalam satu kenyatan hari ini, sebagai menghormati kedaulatan undang-undang, Tun Mahathir tidak perlu terikut-ikut dengan lagak Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang mahu meneruskan debat tersebut meskipun pihak polis menolak permohonan permit penganjuran program itu.

“Selaku Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir harus buktikan kepada keseluruhan rakyat jelata walaupun beliau pernah mentadbir negara ini selama 22 tahun – dalam apa jua situasi kita amat menghormati kedaulatan undang-undang.”

“Nazri aziz adalah menteri kanan yang tidak tahu menghormati undang-undang. Sebagai warganegara, keseluruhan rakyat mesti patuh pada undang-undang tanpa kira apa status kita,” katanya.

Terdahulu, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, melahirkan kekecewaannya terhadap pihak polis yang menolak permohonan penganjur bagi perbahasan antaranya dengan Tun Mahathir pada Sabtu ini

Katanya, tidak ada sebab bagi polis untuk menolak permohonan itu kerana perbahasan itu merupakan satu bentuk wacana yang tidak menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah, menteri yang terkenal dengan kelantangannya itu turut menegaskan akan tetap hadir pada majlis tersebut kerana negara ini bukan pengamal ‘police state’, sebaliknya bersandarkan pada sistem demokrasi.

Justeru, Khairuddin yang juga sinonim dengan jolokan ‘anak didik’ Tun Mahathir mengingatkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu tidak terikut-ikut dengan amalan budaya ‘samseng’ Nazri. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan