KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petronas Gas Berhad (PetGas) masih berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memuktamadkan struktur bagi liberalisasi perniagaan itu.

Struktur itu termasuk tarif baharu dan aspek teknikal.

Pengarah Urusan PetGas, Yusa Hassan berkata, firma itu memberi sokongan penuh liberalisasi dalam industri gas dan membenarkan pihak ketiga menggunakan infrastrukturnya terutama terminal regasifikasi dan sistem transmisi gas.

Jelas beliau, liberalisasi dalam industri berkenaan akan menyokong penerokaan gas dalam segmen hiliran dengan lebih kompetitif dan bekalan yang boleh dipercayai.

“Kami mempunyai tempoh satu tahun dari segi menyediakan dan menyemak perjanjian, jika perlu,” kata Yusa.

Selain isu itu, PetGas juga sedang melihat beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan dengan Suruhanjaya Tengaa termasuk isu perkapalan dan pembelian. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan