AS terus memberi tekanan ke atas Myanmar untuk membebaskan du wartawan Reuters yang dipenjarakan oleh kerajaan tentera Junta itu.

WASHINGTON – Sebelas Senator Republik dan Demokrat Amerika Syarikat (AS) menggesa Pentadbiran Donald Trump menggunakan segala sumber yang ada dalam membebaskan dua wartawan Reuters yang dipenjarakan oleh Myanmar.

Mereka rata-rata mahu pemerintahan Presiden AS itu menambah sekatan ekonomi ke atas Myanmar dalam memastikan dua wartawan itu dibebaskan segera dan tanpa syarat.

“Kami dengan penuh bertimbang rasa menulis tentang kes dua wartawan Reuters Wa Lone dan Kyaw Soe Oo yang ditahan dan dipenjara 7 tahun di Burma, kata barisan Senator diketuai ahli Republik Marco Rubio dan Jeff Merkley yang merupakan ahli Jawatankuasa Perhubungan Luar.

Mereka menulis surat itu kepada Setiausaha AS Mike Pompeo yang ditemui Reuters pada Selasa.

Surat itu ditandatangani oleh enam Demokrat dan lima ahli Republik.

Dua wartawan itu disabitkan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi melibatkan isu Rohingya yang dilihat sebagai penindasan demokrasi di Myanmar.

Kerajaan itu diketahui dunia dijajah oleh rejim tentera Junta sejak 2011.

Kerajaan Aung San Suu Kyi itu dikecam dalam soal diplomatik atas isu keselamatan melibatkan serangan tentera ke atas etnik muslim Rohingya Rakhine di Barat Myanmar pada Ogos 2017.

Dua wartawan Reuters yang menyiasat pembunuhan etnik Rohingya oleh tentera Junta ditahan Disember lalu tetapi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Hukuman penjara ke atas dua wartawan itu telah meraih perhatian antarabangsa yang memberi tekanan ke atas negara itu supaya kedua-dua mereka dibebaskan.

Ia termasuk panggilan Naib Presiden AS Mike Pence yang juga mahu Myanmar membebaskan segera dua wartawan itu.

Ahli demokrat dan senator AS menyokong usaha Pompeo yang merujuk dan membincangkan kes berkenaan bersama Menteri Luar Myanmar Kyaw Tin pada Ogos lalu untuk pembebasan segera dua wartawan itu.

Pada Ogos lalu, AS menuduh empat polis tentera dan komander serta dua unit tentera Myanmar melakukan pembersihan etnik ke atas Rohingya sekaligus mencabul hak asasi manusia.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan