Foto Facebook Fauziah Nawi.

KUALA LUMPUR – Dramatis terkenal, Fauziah Nawi, 65, menerima segulung Sijil Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) daripada Universiti Terbuka Malaysia semalam.

Berita itu dikongsi oleh menantunya yang juga merupakan seorang pelakon, Farah Ahmad di Instagramnya.

“Taniah mama @fauziahnawi atas usaha yang terbalas. CERTIFIED PROFESSIONAL MASTER IN CREATIVE INDUSTRY ( ACTING ),” tulisnya.
Fauziah di laman Facebooknya hanya berkongsi gambar menerima segulung sijil itu.

Selain itu, pada majlis sama, 20 lagi penggiat seni turut mendapat pentauliahan termasuk pelakon Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Fauziah Nawi menerima Sijil Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) manakala Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerima Sijil Lanjutan Sarjana Profesional dalam bidang sama.

Nama lain yang turut menerima pengiktirafan adalah Othman Hafsham, Mior Hashim Manap menerusi Sijil Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Pengarah Filem) serta Datuk Jurey Latiff Rosli dan Datuk Yusof Haslam bagi Sijil Sarjana Profesional dalam Industri Kreatif (Penerbit Filem).

Yusof juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sastera Seni dalam bidang perfileman. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan