Mahkamah Majistret di sini, hari membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

SHAH ALAM – Polis tidak dapat menentukan bila siasatan kes pembunuhan Nazrin Hassan akan ditutup kerana masih menyiasatnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya perlu menilai setiap aspek siasatan yang membabitkan kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd itu dengan berhati-hati.

“Kami masih lagi menyiasat kes ini, mengumpul maklumat dan mendapatkan keterangan daripada individu berkaitan.

“Ia mungkin mengambil masa sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media di sini.

Nazrin dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran kediamannya pada 14 Jun lalu.

Pada awalnya, kes kematian Nazrin berpunca daripada letupan telefon pintar yang didakwa meletup tetapi tidak lama selepas itu kes itu disiasat di bawah kes bunuh.

Balu Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suamninya serta anak-anak telah direman tetapi sebelum dan dibebaskan.

Semalam, sepasang suami isteri ditahan di Taman Tun Dr Ismail dan direman sehingga Khamis ini.

Tinggalkan Jawapan