Jenazah enam anggota bomba yang mati lemas ketika operasi mencari seorang lelaki yang dipercayai terjatuh di lombong berhampiran Taman Perdana Putra, Cyberjaya.
Jenazah enam anggota bomba yang mati lemas ketika operasi mencari seorang lelaki yang dipercayai terjatuh di lombong berhampiran Taman Perdana Putra, Cyberjaya.

KUALA LUMPUR – Enam anggota bomba maut ketika cuba menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong  berhampiran Taman Putra Perdana, Cyberjaya, malam ini.

Kesemua mangsa yang merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) itu dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa.

Keenam-enam anggota bomba terbabit berjaya dinaikkan ke darat dan pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memberi bantuan menyelamat tetapi gagal.

Empat anggota yang disahkan meninggal dunia adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang manakala dua lagi dari BBP Shah Alam.

Lelaki berusia 17 tahun yang terjatuh masih belum ditemui. – MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan