TERKINI : Khairy Jamaluddin Jawab Isu Pembiayaan Dana Politik

33
0

Dana politik bagi tujuan pembiayaan parti-parti politik di negara ini perlu dilakukan secara terbuka dan telus serta mengikut undang-undang bagi mengelakkan elemen rasuah dalam pelaksanaannya.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, parti politik yang menerima pembiayaan dana awam itu perlu mendedahkan sumber mereka dan dimaklumkan kepada umum.

“Cara terbaik ialah ia dibuat secara terbuka dan dan telus, maksudnya mana-mana parti yang menerima dana politik mestilah mengikut undang-undang, mendedahkan sumber sumbangan tersebut.

“Ia dibuat di negara-negara maju di mana setiap sumbangan dana politik mestilah didaftar dan diberitahu kepada orang ramai daripada mana dan siapa telah menyumbang dana tersebut,” katanya ketika ditemui di Melawati Mall, di sini, hari ini.

Tinggalkan Jawapan