Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini, bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, e-mel atau sebarang medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata sejak kebelakangan ini suruhanjaya itu menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut.

“Orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my,” demikian menurut kenyataan itu.

SPRM juga berharap orang ramai lebih peka serta berkongsi maklumat ini dengan masyarakat sekeliling.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan