Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai selepas memberi keterangan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pembantu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah ketika dihubungi berkata pembantu Najib membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang semalam.

Semalam, Najib dalam status Facebook rasmi beliau, mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan