Dua kanak-kanak lelaki bersepupu berusia enam tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran rumah mereka di Permatang Cengkheroh, Kampung Merchong dekat sini hari ini.
Dua kanak-kanak lelaki bersepupu berusia enam tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran rumah mereka di Permatang Cengkheroh, Kampung Merchong dekat sini hari ini.

PEKAN – Dua kanak-kanak lelaki bersepupu berusia enam tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran rumah mereka di Permatang Cengkheroh, Kampung Merchong dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, Muhamad Akif Aiman Adnan dan Mohamad Alif Nazim Sabri dikatakan melalui jalan di tepi parit berkenaan bersama-sama dua lagi sepupu mereka untuk mengaji di rumah jiran.

Timbalan Ketua Polis Pekan DSP Mohd Zaidi Mat Zin berkata semasa melalui jalan tersebut kedua-dua mangsa tiba-tiba terjatuh ke dalam parit.

“Kakak Muhamad Akif Aiman balik ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya yang meminta pertolongan orang kampung untuk mencari mangsa.

“Bapa saudara mangsa berserta orang kampung kemudian bertindak menyelam dan menemui kedua-dua mangsa di dasar parit itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Zaidi berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Klinik Nenasi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik berkenaan.

“Siasatan mendapati parit berkenaan ditenggelami air sedalam enam kaki yang datang dari sawah padi berhampiran.

“Mayat kedua-dua kanak-kanak berkenaan dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan