Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat wanita warga emas yang maut dihempap pokok tumbang di Kupang, Baling hari ini.

BALING – Seorang wanita warga emas maut dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Kupang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Rafiah Zakaria, 86, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku semasa kawasan sekitar Baling dilanda hujan lebat dan angin kencang yang berterusan.

“Balai Polis Kupang terima maklumat pada jam 3.45 petang berhubung kejadian seorang mangsa dihempap pokok tumbang berhampiran kawasan rumah di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai.

“Susulan itu, pasukan bomba tiba jam 4.10 petang di lokasi sebelum membuat pemotongan pokok bagi mengeluarkan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast