Khairy Jamaluddin Syed Saddiq
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpaling muka ketika bersalaman dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam.

KUALA LUMPUR РKeakraban hubungan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan atlet paralimpik negara tidak dapat disangkal yang masih utuh hingga ke hari ini meskipun beliau tidak lagi bergelar Menteri Belia dan Sukan.

Ini dapat dilihat ketika Khairy menyambut kumpulan akhir atlet paralimpik negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam.

Namun di sebalik keakraban itu, timbul pula isu kurang menyenangkan apabila tular video di laman sosial menunjukkan Khairy Jamaluddin bersalam dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tindakan Khairy Jamaluddin yang menghulurkan tangan dan berpaling muka seolah-olah tidak menghormati Menteri Belia dan Sukan itu.

Sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Rembau itu turut mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang menontonnya.

Video berdurasi 15 saat itu dipercayai dirakam ketika Syed Saddiq tiba dan bersalaman dengan semua tetamu di KLIA malam semalam untuk menyambut kepulangan atlet paralimpik negara.

Ia secara tidak langsung menunjukkan jurang politik antara pemimpin UMNO itu dengan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kian melebar. РMalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan