Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PUTRAJAYA – Selepas lebih kurang enam jam Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan  barulah bekas Perdana Menteri itu dilihat  meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Najib keluar lebih kurang pukul 4.30 petang tadi namun tidak melalui pagar hadapan ibu pejabat itu seperti pagi tadi.

Menurut sumber, beliau telah meninggalkan bangunan itu menerusi pagar belakang dan tidak ada wakil media sempat melihat kelibatnya.

Najib terdahulu hadir di ibu pejabat agensi itu kira-kira 10 pagi tadi.

Untuk rekod, pada 4 Julai lepas beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Seterusnya, pada 8 Ogos, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya pada empat tahun lepas.

Pada 20 September pula beliau didakwa sebanyak 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini menjadikan jumlah pertuduhan yang dihadapinya kesemuanya sebanyak 32 pertuduhan.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan