Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto FAREEZ FADZIL, 19 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Presiden Umno Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan pecah amanah wang milik Yayasan Akalbudi dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM 42 juta.

Ahmad Zahid Hamidi turut mengaku tidak bersalah atas 37 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72juta.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi lebih 40 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan dana yayasan berjumlah RM80 juta.

Berdasarkan senarai kes mahkamah, kes bekas timbalan perdana menteri itu, akan disebut di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Ahmad Zahid, Anggota Parlimen Bagan Datuk, akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan pertuduhan pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan