SINGAPURA – Harga minyak stabil dalam dagangan hari ini,, disokong oleh kebimbangan bekalan sebelum permulaan sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport mentah Iran.

Bagaimanapun keadaan itu distabilkan dengan peningkatan penggerudian di Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada harga AS$79.74 setong pada 0042 GMT, susut AS$0.04 di bawah harga penutup terakhir pada akhir minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) CLc1 pula AS$69.07 setong, susut AS$0.05 berbanding harga penutup minggu lalu.

Sekatan terhadap eksport minyak Iran akan bermula pada 4 November.

Sementara itu, Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) telah bersetuju pada bulan Jun lalu untuk meningkatkan bekalan untuk menangani gangguan dari Iran, Venezuela dan Angola. – MalaysiaGazette