Dr. Maszlee Malik
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang menjalankan kajian terhadap keberkesanan perkhidmatan 1BestariNet sejak September lepas bagi mencari solusi inklusif terhadap penggunaan teknologi yang lebih mesra pengguna serta peningkatan capaian internet, kata menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 10,173 sekolah di seluruh negara telah menerima manfaat melalui 1BestariNet yang mana 8,185 sekolah telah menikmati akses kelajuan internet 4G.

Katanya KPM juga kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk mencari solusi terhadap meningkatkan kelajuan akses internet secara efisien dengan menggunakan kos yang minimum.

Berita selanjutnya menyusul selepas ini.

— BERNAMA