Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di utara Chile kira-kira pukul 6.19 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 19.50 darjah selatan dan 69.4 darjah barat, kira-kira 112 km timur laut dari Iquique, Chile.

Sebelum itu, gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Rantau Selatan Kepulauan Sandwich kira-kira pukul 3.30 pagi.

Pusat gempa bumi itu terletak 58 darjah selatan dan 25.2 darjah barat, kira-kira 3,788 km tenggara dari Puerto Montt, Chile.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan