Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membuat laporan polis terhadap penulis artikel yang diterbitkan dalam www.statestimesreview.com pada 5 Nov lepas berhubung kenyataan yang didakwa palsu dan berniat jahat serta mempersoalkan integriti MAS sebagai pengawal selia kewangan.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membuat laporan polis terhadap penulis artikel yang diterbitkan dalam www.statestimesreview.com pada 5 Nov lepas berhubung kenyataan yang didakwa palsu dan berniat jahat serta mempersoalkan integriti MAS sebagai pengawal selia kewangan.

SINGAPURA – Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membuat laporan polis terhadap penulis artikel yang diterbitkan dalam www.statestimesreview.com pada 5 Nov lepas berhubung kenyataan yang didakwa palsu dan berniat jahat serta mempersoalkan integriti MAS sebagai pengawal selia kewangan.

Artikel bertajuk ‘Lee Hsien Loong becomes 1MDB’s key investigation target’ (Lee Hsien Loong menjadi sasaran siasatan penting 1MDB) mendakwa Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian tidak adil dengan Singapura, sebagai pertukaran kepada bantuan bank Singapura untuk pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Artikel itu tidak berasas dan satu fitnah,” menurut MAS dalam kenyataan di sini.

“Artikel itu juga mengabaikan tindakan tegas dan tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh MAS sejak dua tahun lepas terhadap bank berpangkalan di Singapura dan pengurus bank berhubung peranan mereka dalam transaksi berkaitan 1MDB, dalam kebanyakan kes mendahului tindakan penguatkuasaan oleh bidang kuasa asing.

“Ia juga membuat tuduhan palsu bahawa Singapura didesak supaya membuka semula siasatannya ke atas 1MDB hanya selepas perubahan kepimpinan politik di Malaysia,” kata Bank Pusat itu.

“Penyiasatan ke atas kes 1MDB tidak pernah ditutup,” kata MAS.

Pada sidang akhbar laporan tahunannya pada 2016 dan 2017, MAS telah menjelaskan bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk menyiasat apa-apa petunjuk baharu atau bukti mengenai aliran dana berkaitan 1MDB.

Ini ditekankan dalam kenyataan umum yang dikeluarkan bersama oleh MAS, Pejabat Peguam Negara dan pasukan Polis Singapura pada 8 Jun 2018, menurut kenyataan itu.

MAS berkata agensi penguatkuasaan dan pengawal selia undang-undang Singapura juga bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia, Switzerland, Luxembourg dan Amerika Syarikat semasa pemerintahan kerajaan Malaysia terdahulu.

“MAS telah meletakkan kepentingan sepenuhnya dalam menjaga integritinya sebagai pengawal selia kewangan dan mengambil serius sebarang tuduhan palsu yang bertentangan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan