Sebahagian graduan yang hadir pada Majlis Konvokesyen Pertanian ke-8 di Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 06 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti atau e-scroll bagi mengatasi ijazah palsu yang kian meningkat.

Kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Dr Siti Hamisah Tapsir, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) institut pengajian tinggi yang pertama menggunakan sistem baharu dilancarkan ini pada istiadat konvokesyennya esok.

“Bilangan ijazah palsu meningkat disebabkan boleh diperoleh dengan mudah di internet dan sebuah sistem yang selamat dan mantap diperlukan untuk mengatasinya.

“Menurut laporan BBC Radio siaran Januari 2018,(https://www.bbc.com/news/uk 42579634), terdapat peningkatan dalam perdaganga ijazah-ijazah palsu di peringkat antarabangsa.

“Menyedari perlunya menjaga reputasi dan intergriti universiti-universiti Malaysia, KPM telah mengambil tindakan proaktif untuk mencegah kes-kes penipuan ijazah palsu dan pada masa sama tidak merugikan penuntut-penuntut yang benar-benar jujur dan berintergriti,” katanya.

Selain itu menurut beliau lagi, KPM turut bercadang menggunakan teknologi Blockchain untuk meningkatkan kecekapan dalam mengesahkan sijil yang asli apabila universiti Malaysia menerima ribuan permintaan untuk tujuan pengesahan ketulenan graduan.

“Menyedari pakar-pakar dalam teknologi tu sebenarnya boleh didapati di universiti KPM mencadangkan pembentukan sebuah konsortim berkaitan dengan teknologi ini Blockchain untuk mempelajari penggunakan dan mengembangkan sistem tersebut.

“Keanggotan awal konsostirum terdiri daripada Unversiti Awam iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), UIAM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

“Kementerian telah melantik UIAM sebagai Ketua konsortium semasa,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan