WASHINGTON – Sebanyak 13 pangkalan operasi peluru berpandu Korea Utara yang dikenal pasti dalam satu laporan baharu, sekaligus menjejaskan usaha pentadbiran Donald Trump dalam menamatkan program senjata nuklear Pyongyang.

Dengan 13 lokasi itu, Korea Utara dipercayai mempunyai 20 tapak – dipercayai bersaiz kecil di seluruh negara itu.

Ia termasuk kemudahan bawah tanah yang mengandungi pelancar mudah alih yang boleh diangkut dengan cepat ke lokasi lain, menurut laporan dari Beyond Parallel, sebuah kumpulan di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa di Washington.

Walaupun tidak direka sebagai tapak pelancaran, pangkalan-pangkalan tersebut boleh digunakan untuk melancarkan peluru jarak jauh dan peluru berpandu balistik antara benua.

“Sifat meluas, asas operasi kecil, dan taktik dan doktrin yang digunakan oleh unit peluru berpandu balistik memberikan peluang terbaik untuk survival Pyongyang dengan teknologi dan kemampuannya,” menurut laporan itu.

Laporan itu dikeluarkan ketika perbincangan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara diadakan minggu lalu, dengan pertemuan New York antara Setiausaha Negara, Michael Pompeo dan perunding teratas dari Pyongyang dibatalkan pada minit-minit terakhir.

Presiden Trump sebelum ini menyatakan pembekuan sepanjang tahun ujian senjata nuklear dan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sebagai tanda kemajuan .

Pada Khamis lalu, Rusia memanggil mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk meminta pertimbangan terhadap pengecualian kemanusiaan kepada sekatan antarabangsa di Pyongyang.

Amerika Syarikat berkata, ia akan menimbang cadangan Russia, tetapi pegawai pentadbiran sebelum ini mengatakan Moscow sudah melanggar sekatan.

Kemudahan yang dikenal pasti dalam laporan baharu itu terletak di lokasi strategik yang akan meletakkan peluru berpandu antara Korea Selatan dan Jepun, menurut laporan itu.

Sesetengahnya peluru berpandu itu kemungkinan boleh sampai ke benua Amerika Syarikat.

Selama beberapa dekad, pangkalan-pangkalan telah diselaraskan untuk menghalang kemusnahan daripada serangan terdedah dan semasa operasi ketenteraan.

Laporan itu menyebut sebuah pangkalan yang dikenali sebagai Sakkanmol, kira-kira 50 kilometer (utara) utara zon penampan dan salah satu yang paling dekat dengan Korea Selatan.

Pangkalan yang terletak di medan pergunungan, mengandungi satu unit yang dilengkapi dengan peluru berpandu balistik jarak jauh dan sederhana, kata laporan itu.

Pada bulan ini, “pangkalan itu aktif dan diurus dengan baik mengikut piawaian Korea Utara” dengan perubahan infrastruktur kecil. – MalaysiaGazette