Foto Credit: UNHCR

BEIJING – China menyokong segala usaha kerajaan Myanmar dalam melindungi kestabilan domestik dan menyelesaikan krisis Rohingya.

Presidennya Li Keqiang memberi jaminan itu kepada pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi selepas Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence menyatakan sokong kuat ke arah itu.

Pence pada Rabu menyuarakan kecaman kuat Washington berhubung layanan Myanmar terhadap Muslim Rohingya, memaklumkan Suu Kyi bahawa hukuman oleh tentera Junta negara itu adalah tanpa alasan munasabah.

Selepas berjumpa Suu Kyi pada Sidang Kemuncak Asia Tenggara di Singapura, Li berkata, China memberi tumpuan utama terhadap hubungannya dengan Myanmar dan akan membina tradisi persahabatannya.

“China menyokong segala usaha Myanmar dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di negara itu dan menyokong Myanmar dan Bangladesh dalam menyelesaikan isu negeri Rakhine menerusi dialog dan rundingan damai,” katanya Menteri Luar China sebagai memetik kenyataan Li.

Bagaimanapun negara kuasa besar Asia itu tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Lebih 700,000 pelarian Rohingya merentasi sempadan memasuki Bangladesh dari Barat Myanmar, negeri Rakhine, kata Agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Rancangan penghantaran pulang ratusan warga Rohingya Muslim ke Myanmar ditangguhkan berikutan protes di kem pelarian Bangladesh.- MalaysiaGazette