Rais Yatim
Tan Sri Dr. Rais Yatim. foto IQBAL BASRI, 21 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk memasukkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam buku sejarah ternyata mengundang kejutan kepada veteran politik, Tan Sri Dr Rais Yatim.

“MasyaAllah …kalau betullah berita ni sia sia dia di biarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan. Rosak,” katanya menerusi Twitter.

Rais memberikan reaksi kepada laporan media mengenai kenyataan Maszlee di Dewan Rakyatketika menjawab soalan tambah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan (BN) yang mahu mengetahui apakah jangka masa untuk sesuatu peristiwa sebelum dianggap sejarah, selain daripada tajuk-tajuk yang menjadi kontroversi bagi subjek tersebut.

raisJawapan Maszlee itu membuatkan Ahmad Maslan turut mengingatkannya agar memasukan juga isu kehilangan dana negara sebayak RM32 bilion dalam skandal forex ketika era Tun Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri ke-4.

Bagaimanapun, Maszlee tidak mempedulikan cadangan Ahmad Maslan sebalik terus menyambung jawapannya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula sebagai respon mengingatkan Menteri Pendidikan itu supaya tidak memperalatkan para pelajar sekolah dan menganiaya masa depan mereka.

Najib menegaskan, ada masa dan tempat untuk berpolitik tetapi bukan di sekolah.

“Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku sejarah,” kata Najib. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan