Meng Wanzhou

BEIJING – China menggesa Amerika Syarikat dan Kanada menjelaskan penahanan Ketua Pegawai Huawei, Meng Wanzhou.

Anak perempuan kepada pengasas syarikat telekom gergasi China itu ditahan di Vancouver pada 1 Disember lalu dan mungkin akan diekstradisi ke Amerika Syarikat.

Butiran penahanan Meng masih belum didedahkan.

Namun, Amerika Syarikat telah menyiasat Huawei yang didakwa atas kemungkinan pelanggaran terhadap sekatan ke atas Iran.

China menuntut pembebasan wanita itu sambil menyatakan penahanannya merupakan penyalahgunaan hak.

Meng telah mengharamkan penerbitan mengenai butiran penangkapannya yang telah diberikan oleh mahkamah.
Huawei pula memberitahu, ia mempunyai sedikit maklumat mengenai penahanan wanita itu dan “tidak menyedari sebarang salah laku oleh Meng”.

Saham Eropah mengalami kejatuan dua tahun rendah dan indeks di seluruh Asia menurun susulan penahan Meng.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China memberitahu, penahanan tanpa memberikan sebarang alasan merupakan pelanggaran hak asasi manusia.

“Kami telah membuat representasi serius terhadap Kanada dan Amerika Syarikat, menuntut agar kedua-dua pihak segera menjelaskan sebab-sebab penahanan Meng dan segera melepaskan tahanan untuk melindungi hak individu,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan