Suarez ditawarkan Barcelona kepada Arsenal musim hadapan

ENGLAND – Barcelona menawarkan Denis Suarez kepada Arsenal menjelang musim perpindahan sejuk Januari ini.

Bintang muda Barcelona itu disisihkan di Nou Camp musim ini.

Dia hanya membuat penampilan selama 11 minit sahaja dalam La Liga musim ini.

Difahamkan Barcelona telah memaklumkan kepada Suarez bahawa dia bebas meninggalkan Nou Camp untuk mencari kesebelasan utama di kelab lain.

Barcelona meletakkan nilai potongan 14 juta pound untuk Saurez yang berusia 24 tahun.

Unai Emery sedia maklum sepenuhnya mengenai pemain itu.

Emery pernah meminjam pemain itu untuk Sevilla empat tahun lepas dan mungkin berpeluang membawa Suarez ke London dalam jendela perpindahan musim sejuk Januari ini.

Suarez bakal menggantikan Aaron Ramsey yang akan meninggalkan kelab itu secara percuma musim hadapan.- MalaysiaGazette