Nik Omar menjelaskan kepada umum mengenai kedudukannya dalam keluarga dan tidak ada masalah dengan bondanya.
Nik Omar Nik Abdul Aziz antara nama penceramah yang dibenarkan dimasukkan dalam slot keagamaan (Islam) di RTM.
KUALA LUMPUR – Setiap penceramah yang dipilih untuk bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jabatan Penyiaran Malaysia menjelaskan, surat berkaitan senarai nama penceramah atau asatizah untuk rancangan keagamaan (Islam) di RTM yang tular di media sosial itu hanya bertujuan memaklumkan mengenai cadangan penceramah yang diluluskan oleh Jakim.
Menurutnya, senarai nama penceramah itu adalah tambahan kepada senarai sedia ada.
Ia tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik atau orang perseorangan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beberapa jam lalu satu surat berkaitan senarai 20 orang penceramah yang dimasukkan dalam slot rancangan keagamaan (Islam) RTM untuk siaran televisyen dan radio tular di media sosial.
Antara 20 penceramah itu ialah Zolkharnain Abidin Al Hafiz; Wan Subki Wan Salleh; Nik Omar Nik Abdul Aziz; Azrul Hakim Suradi; Che Ibrahim Che Mohamed; Mohamad Uda Kasim; Abdullah Shahir; Mohd. Fauzi Zakaria dan Izaz Ismail.

Turut disenaraikan ialah Ali Muda; Mohd. Rizal Akhir; Rosli Yusuff; Shamshul Maarif Ismail; Suhaimi Kassim; Abdul Aziz ABbas; Zulhazmie Mohammed; Nazri Din; Mohd. Firdaus Jaafar dan Ridzwan Abu Bakar.

Surat tersebut juga menyenaraikan nama penceramah terbabit yang diterima daripada Pegawai Tugas-tugas Khas (Bahagian Agama) Jabatan Perdana Menteri.

Tinggalkan Jawapan