Kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan dipercayai masih lagi menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi pembayaran bonus.

KUALA LUMPUR – Bayaran khas kepada 1.4 juta penjawat awam dan 800,000 pesara akan dibayar mulai esok.

Penjawat awam akan menerima bayaran sebanyak RM500 dan pesara RM250.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bayaran itu diberikan bagi menghargai usaha dan komitmen penjawat awam dalam menjalankan tugas demi rakyat dan negara.

Katanya, sejumlah RM1 bilion diperuntukan bagi bayaran tersebut.

“Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette