TERKINI : “Saya Suka Datuk Najib Dapat Bantu Kementerian KPDNHEP!” – Saifuddin Nasution

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggua (KPDNHEP) sedang meneliti aduan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutarakan keresahan penjual telur di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur berikutan kenaikan harga barangan itu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata pihaknya telah menyiapkan laporan aduan tersebut selepas Bahagian Penguatkuasa membuat lawatan ke pasar berkenaan.