Tiga daripada enam ALP YPJ adalah lantikan politik yang menimbulkan rasa kurang senang rakyat Johor termasuk wakil rakyat dari DAP.
Tiga daripada enam ALP YPJ adalah lantikan politik yang menimbulkan rasa kurang senang rakyat Johor termasuk wakil rakyat dari DAP.

KUALA LUMPUR – Lantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang baharu bagi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mendapat bantahan warganet, termasuk seorang wakil rakyat dari DAP.

Mengikut senarai nama yang membarisi ALP berkenaan, selain Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sebagai Pengerusi, tiga lagi ahli lembaga pengarah yayasan itu adalah dari kalangan pemimpin politik.

Berdasarkan nama itu, dua dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan seorang dari Parti Amanah Negara (PAN), manakala tiga lagi ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Datuk Ishak Sahari; dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk A. Rahim Nin.

Dua dari PPBM ialah bekas calon Parlimen Pontian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Karmaine Sardini, dan Ketua Bahagian PPBM Johor Bahru, Zais Mohd Akil.

Dari PAN pula ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan.

Pelantikan tiga ALP itu jelas tidak disenangi rakyat Johor, dengan kebanyakan daripada mereka tidak YPJ dipengaruhi politik.

Pelantikan itu juga mendapat sindiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman yang membuat hantaran menerusi akaun Twitternya dengan komen: “Alahai. Lantikan politik macam ni parahlah. Tak cover langsung. Atau inikah namanya ketelusan”.

Diikuti komen warganet yang kurang senang dengan pelantikan itu, seperti Wong Sau Bing menyatakan, “Saya mula menyesal tukar (Mohamed) Khaled (Nordin) dengan orang begini.

Warganet yang memakai nama zulhissham yaakob@zulPMJ pula meninggalkan komen, “Inilah Johor yang baru

Penama Munzir Abdullah Sani @MunzirSani memberi komen, “Dah agak dah… Pakatan Harapan penipu besar… apa nak jadi yang melayu-melayu ni’, saya sebagai orang Melayu pun malulah…cakap tak pernah nak betul..”Tolak PH”.

@MadiAzmadi pula berkata, tak cukup lagi ke elaun tu? Jangan kamu katakan bahawa kamu telah beriman, sedangkan kamu belum diuji. Masuk bakul angkat sendiri, semua laba nak bolot…sharelah dengan orang lain, walaupun bukan dari kalangan pengundi BN. – MalaysiaGazette