Robert Lloyd Schellenberg ketika dibicarakan di mahkamah China. foto Agensi

BEIJING – Mahkamah China menjatuhkan hukuman mati ke atas warga Kanada kerana menyeludup dadah.

Robert Lloyd Schellenberg sebelum itu dikenakan hukuman penjara 15 tahun pada tahun 2018.

Tetapi, pendakwa raya telah membuat rayuan semula memandangkan hukuman berkenaan terlalu ringan.

Rayuan itu dibuat oleh pendakwa raya selepas Kanada menahan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou atas permintaan Amerika Syarikat.

Kanada mengecam keputusan terbaharu mahkamah.

Perdana Menterinya, Justin Trudeau berkata, keputusan itu melampau kerana China telah memilih untuk melaksanakan hukuman mati ke atas Schellenberg.

China telah marah dengan penangkapan Meng, 46, anak perempuan pengasas Huawei dan kes itu telah memburuk-burukkan lagi hubungannya dengan Kanada dan Amerika Syarikat.

Meng yang ditahan oleh Kanada, bagaimanapun, telah dibebaskan pada bulan Disember.

China telah menahan dua orang warga Kanada dengan tuduhan membahayakan keselamatan negara.

Schellenberg yang berusia 36 tahun ditahan pada 2014 dan didakwa merancang untuk menyeludup hampir 227 kilogram dadah jenis methamphetamine dari China ke Australia.

Mahkamah juga mengarahkan semua aset-aset kewangannya perlu dibeku.

Tertuduh yang menafikan terlibat menyeludup dadah ke China sebaliknya datang sebagai pelancong, mempunyai 10 hari untuk mengemukakan rayuan.

“Doa kami untuk Schellenberg. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya. Ia adalah keadaan yang mengerikan, malang, menyayat hati, kata Trudeau.

Dalam pada itu, China menafikan menggunakan sistem perundangan sebagai tebusan dalam kes Huawei.

Tetapi untuk apa juga alasan, China secara tiba-tiba bekerja keras untuk menolak kes Schellenberg dan mengambil langkah luar biasa dengan mengundang wartawan asing ke mahkamah, laporan BBC John Sudworth di Beijing.

Walaupun tertuduh mengaku tidak bersalah, perbicaraan semula hanya berlangsung sehari dengan keputusan menjatuhkan hukuman jantung diputuskan tidak sampai sejam. – MalaysiaGazette