KUALA LUMPUR – Semalam ramai cybertrooper yang pernah berkhidmat dalam team Datuk Seri Najib Tun Razak melenting.

Rata-rata tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas perdana menteri itu semasa majlis anjuran UMNO Shah Alam kelmarin.

Najib ketika meminta sokongan audien terhadap hantaran-hantaran yang dimuatnaik di laman sosialnya sempat berkata: “Saya sudah tak ada cybertrooper lagi. Minta maaf cakaplah cybertrooper saya dulu menghabiskan beras ja.”

Nampaknya, ramai yang kepanasan dan episod itu bersambung sehingga ke hari ini apabila beberapa akaun di laman Twitter meminta Najib menyebut nama cybertrooper yang dikatakan menghabiskan beras itu.

cytro1

Ada juga yang meminta supaya cybertrooper tidak terasa hati dengan kenyataan Najib tetapi pada masa yang sama turut meyokong supaya bekas presiden UMNO itu menamakan pihak yang berkenaan.

keris

Saranan mereka itu semata-mata bagi mengelakkan cybertrooper yang benar-benar membuat kerja dihentam sebagai menghabiskan beras.

Maklumat yang diperoleh menerusi perbualan Whatsapp menyebut, Najib hanya merujuk kenyataannya itu kepada segelintir cybertrooper dan bukan semua.

Turut dikongsi Whatsapp jawapan bekas perdana menteri itu sendiri.

“Ya saya tak maksudkan semua. Segelintir sahaja, perlu dijelaskan saya menghargai usaha mereka,” kata Najib.

Tapi bak kata pepatah, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Bagi cybertrooper yang memang bekerja keras membantu Najib, UMNO dan Barisan Nasional tentunya mereka tahu apa yang mereka buat selama ini sememangnya dihargai.

Dan kepada mana-mana cybertrooper yang mungkin termasuk dalam kategori menghabiskan beras itu hanya mereka dan pihak yang menyebut itu saja yang tahu. – MalaysiaGazette