Pemakluman oleh Setiausaha Kerajaan Pahang berhubung Hari Kelepasan Am bagi Hol dan Hari Wesak

KUANTAN –  Cuti umum Negeri Pahang sempena Hari Hol dan Hari Wesak ditetapkan hanya pada 22 Mei 2024.

Kerajaan negeri memutuskan tiada cuti tambahan hari kelepasan am bagi Pahang pada 23 Mei  sempena sambutan kedua-dua hari itu yang jatuh pada 22 Mei ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seei Zulkifli Yaacob berkata, perkara tersebut diputuskan berpandukan Akta 369.

“Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan cuti bagi Hari Hol dan Hari Wesak adalah pada 22 Mei 2024 sahaja.

“Oleh yang demikian, tiada cuti tambahan bagi Negeri Pahang Darul Makmur pada 23 Mei 2024 bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada 22 Mei 2024,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. – MalaysiaGazette