Gambar hiasan - Percikan bunga api di ruang angkasa ibu kota Kuala Lumpur berlatarkan bangunan bekembar KLCC sempena sambutan Tahun Baru 2017 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 01 JANUARI 2017.

SHAH ALAM – Seramai 10 orang melecur akibat terkena letupan bunga api di majlis sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi.

Difahamkan kejadian dipercayai berpunca apabila bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara dan mengenai mereka yang berhampiran.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga mangsa melecur teruk manakala tujuh yang lain melecur ringan di kaki.

“Yang melecur ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara yang melecur teruk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” katanya.

— BERNAMA