Gambar Donald Trump di sebuah papan iklan di Moscow, Rusia. Foto Reuters

WASHINGTON – Usaha membanteras kumpulan radikal Islam menjadi matlamat utama polisi luar negara pentadbiran Presiden Donald Trump.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan sejurus selepas majlis angkat sumpah Trump sebagai pemimpin tertinggi Amerika Syarikat (AS).

Trump yang mengambil kesempatan pada majlis angkat sumpah itu berjanji untuk “menyatukan penduduk dunia dalam menentang keganasan radikal Islam”.

Dalam kenyataan itu, bertajuk “Dasar Luar Pertama Amerika” pentadbiran Trump berkata: “Mengalahkan ISIS dan kumpulan-kumpulan pengganas radikal Islam akan menjadi keutamaan kami”.

Untuk mengalah dan memusnahkan ISIS serta kumpulan radikal Islam, AS akan meneruskan operasi bersama dan gabungan tentera agresif apabila perlu,” dengan memotong dana untuk kumpulan pengganas, mengembangkan perkongsian risikan dan menggunakan “perang saraf ” untuk mengganggu propaganda.

Kenyataan itu sekali gus menunjukkan dasar Trump cukup berbeza dengan Barack Obama.

Pentadbiran Obama juga melaksanakan huraian strategi itu dengan Eropah dan sekutu Timur Tengah dalam kempen pengeboman yang mensasarkan pemimpin ISIS dan infrastruktur minyak mereka, membenarkan operasi khas terhadap kumpulan itu serta menggunakan sekatan dan kaedah lain untuk memotong pembiayaan .

Ucapan dan kenyataan Trump ternyata selari dengan kritikan beliau terhadap Obama dan Hillary Clinton yang  untuk tidak menggunakan frasa “keganasan radikal Iskam”.

Obama sebelum ini berhujah bahawa menggunakan istilah itu akan menjadi “pembunuh” kepada “bilion umat Islam di dunia, termasuk di AS.

Clinton berkata, penggunaan frasa itu akan menggambarkan AS sedang berperang dengan Islam.

Kenyataan White House juga mengesahkan hubungan yang lebih baik dengan Rusia.

“Kami sentiasa gembira apabila musuh lama menjadi kawan dan apabila kawan-kawan lama menjadi sekutu,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette