Zizan dan Mira Filzah.

Kedua-duanya tidak mengesahkan dan menafikan namun daripada riak wajah dan kemesraan nampaknya Zizan Razak dan Mira Filzah sedang bercinta.

Baru-baru ini kedua-dua mereka berkongsi FB Live ketika sedang menjamu selera dan melayan komen-komen peminat.

Walaupun cuba menyembunyikannya namun ramai peminat ‘merestui’ hubungan dua selebriti yang kini sedang hangat di pasaran dengan kerja seni masing-masing itu.

Zizan ketika melayan komen peminat menafikan mereka berdating kerana lokasi restoran terbabit dipenuhi pelanggan dan orang ramai.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan sama ada mereka bercinta, Zizan dengan gurauannya berkata; “Tak. Ehh Tak tau..haa gitu.”

Mira yang baru sahaja menyambut hari jadi ke 24 beberapa hari lepas itu pula hanya tersenyum dan kadangkala gelak dengan kelakar Zizan yang selamba.

Kepada komen peminat sama ada Emma Maembong tidak marah dia bersama Mira Filzah, Zizan berkata;” Emma tak marah dia kan ada Kamal Adli.”

Sebelum ini, Mira juga dikatakan berkawan rapat dengan Fattah Amin selepas pelakon itu tidak lagi bersama Neelofa.- MalaysiaGazette

https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/videos/1640508065962570/