Orang awam yang hadir mendapatkan informasi di Pelan Lantai berkenaan Senarai Pempamer bagi mendapatkan buku-buku yang menarik di Pesta Buku Antarabangsa bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto IQBAL BASRI, 29 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Pempamer yang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL17) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini berharap agar orang ramai menggunakan cuti umum untuk mengambil kesempatan berkunjung ke pesta buku itu.

Ia berikutan perang harga bagi setiap buku-buku yang dijual telah bermula sejak hari pertama (semalam) berbanding jika mereka mendapatkannya di kedai-kedai.

Seorang peserta pempamer, Norazlin Mohd Salleh, 30, berkata, gerainya tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai sehingga dia dan dua pembantunya tidak menang tangan.

Pemilik Kedai Buku Norazun Mohd Salleh bercakap ketika sesi temubual pada Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto IQBAL BASRI, 29 APRIL 2017.
Pemilik Kedai Buku Norazun Mohd Salleh bercakap ketika ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto IQBAL BASRI, 29 APRIL 2017.

Katanya, semua itu berlaku selepas beliau mempamerkan papan tanda potongan harga sehingga 50 peratus yang menyebabkan gerainya diserbu pengunjung.

“Alhamdulillah, setakat ini jualan buku kami menunjukkan perkembangan yang positif.

“Saya jangka lebih ramai lagi yang datang berikutan esok dan lusa merupakan hari cuti. Saya berharap ia akan berterusan sehingga Isnin depan,” katanya.

Tambahnya, pada Isnin nanti gerainya akan diperhebatkan lagi  dengan penampilan penceramah terkenal Syamsul Amri Ismail (Syamsul debat) yang akan melancarkan bukunya.

Pengurus syarikat Sri Saujana Marketing, Rosli Omar pula berkata, pesta buku pada kali ini sangat meriah kerana ia berlangsung pada tarikh yang tepat.

Pengurus Kedai Buku Sri Saujana Marketing bercakap ketika sesi  temubual pada Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto IQBAL BASRI, 29 APRIL 2017.
Pengurus Kedai Buku Sri Saujana Marketing bercakap ketika ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto IQBAL BASRI, 29 APRIL 2017.

Ujarnya, pemilihan tarikh dan waktu yang sangat tepat menjadi penyebab pesta buku yang diadakan pada kali ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

“Pesta buku ini diadakan dikala semua orang sudah bergaji. Ditambah pula, cuti selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin membolehkan warga kota dan juga dari luar tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan datang berkunjung,” katanya.

Pemilik Kedai Buku Darul Syakir Enterprise, Mohd Suhairi Sahimi ketika ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto IQBAL BASRI, 29 APRIL 2017.
Pemilik Kedai Buku Darul Syakir Enterprise, Mohd Suhairi Sahimi ketika ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). foto IQBAL BASRI, 29 APRIL 2017.

Mohd Suhairi Sahimi berkata, beliau sudah menyediakan stok buku yang mencukupi untuk menampung permintaan pengunjung-pengunjung di gerainya.

Jelasnya, sejak semalam beliau telah mengenal pasti antara buku-buku yang mendapat sambutan dan sudah menghubungi pembekal untuk menambah stok sedia ada.

“Saya sudah pamerkan potongan harga yang hebat untuk pengunjung dan ia akan berlarutan hingga akhir pesta buku ini nanti,” katanya. – MalaysiaGazette