Keadaan khemah peniaga yang ranap akibat ribut melanda di perkarangan dewan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 29 APRIL 2017

ALOR SETAR – Ribut dan hujan lebat yang melanda daerah Kota Sarang Semut, dekat Alor Setar, sebentar tadi menerbangkan puluhan khemah peniaga di tapak Muktamar Tahunan Pas di sini.

Keadaan khemah peniaga yang ranap akibat ribut melanda di perkarangan dewan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 29 APRIL 2017
Keadaan khemah peniaga yang ranap akibat ribut melanda di perkarangan dewan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 29 APRIL 2017

Keadaan kelam kabut itu menyebabkan peniaga termasuk orang ramai yang mengunjungi gerai berkenaan lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Kelihatan beberapa kenderaan ambulans turut memberi bantuan selepas khemah peniaga ranap akibat ribut melanda di perkarangan dewan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 29 APRIL 2017

MalaysiaGazette difahamkan sekurang-kurangnya 10 cedera dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, dengan seorang dilaporkan luka di kepala dan dua lagi mengalami kecederaan patah tulang. -MalaysiaGazette